Penutupan jalan-jalan dan lorong-lorong telah dilaksanakan oleh anggota komuniti polising di SS 20 Damansara Kim meliputi kawasan Centre dan South. Projek ini telah dilaksanakan hasil kerjasama penduduk-penduduk di sekitar kawasan perumahan SS 20 khususnya di kawasan Centre dan South, anggota polis ( community policing ) dan MPPJ.


Projek ini telah memberi kesan yang positif dalam membendung dan mencegah jenayah terutamanya di kawasan SS 20 dan dapat meningkatkan tahap keselamatan penduduk-penduduk terutamanya dikawasan perumahan. Anggota polis sentiasa turut serta membantu penduduk bagi mencegah jenayah dikawasan SS 20 disamping keperihatinan penduduk-penduduk sebagai mata dan telinga polis dalam memberi maklumat untuk pencegahan dari berlakunya kegiatan jenayah.

Selain daripada itu, pengurangan kesesakan kenderaan yang melalui kawasan perumahan di SS 20 dapat dikurangkan terutamanya kenderaan-kenderaan luar yang bukan tinggal dikawasan perumahan SS 20.

Aktiviti-aktiviti ( community policing) ini telah banyak memberikan kesan yang positif terutamanya dalam mengeratkan silatulrahim diantara jiran-jiran tidak mengira bangsa, agama dan politik. Disamping sikap bantu membantu, tanggungjawab dan kesedaran dalam diri dalam kehidupan harmoni dan tenteram.
picture by : DATO KOH ( centre zone ) ENCIK IMRAN ( southern zone )
more picture : http://www.ss20central.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment