COMMUNITY POLICING SS 20

Community policing or neighbourhood policing is a policing strategy and philosophy based on the notion that community interaction and support can help control crime, with community members helping to identify suspects, detain vandals and bring problems to the attention of police.

PDRM & CP

Slide Show CP

SAMBUTAN PERKAHWINAN RIEO DAN IDA DI SAMBUT OLEH PENDUDUK SS 20


16 JULAI 2009 - Penduduk-penduduk di SS 20 Damansara Kim telah meraikan sempena perkahwinan diantara Konstabel Rieo dan Ida di padang Zon Sentral. Turut hadir bersama KPB Damansara Tn.Thomas,Pengerusi SS 20 Pn.Eileen Thong,Sjn Jamil,Zahrein, Sukarelawan Polis,Ketua AJK penduduk Zon Sentral Dato Koh, AJK-AJK penduduk SS 20 dan penduduk-penduduk SS 20 Damansara Kim.



Rieo dan Ida sedang memotong kek

Chief Insp.Thomas menyampaikan surat sokongan penutupan jalan ( gates ) di SS 20 kepada En.Imran


Chief Insp.Thomas menyampaikan surat sokongan penutupan jalan ( gates ) di SS 20 kepada Pengerusi SS 20 Pn.Eileen Thong




More picture : http://ss20central.blogspot.com/



PERJUMPAAN KETUA POLIS BALAI DAMANSARA TN.THOMAS DAN ANGGOTA CP BERSAMA-SAMA DENGAN PENDUDUK SS 20



Pengerusi penduduk bersama-sama dengan KPB Damansara

KPB Damansara Chf.Ins.Thomas sedang memberikan taklimat

12-07-2009 Perjumpaan dan taklimat mengenai aktiviti-aktiviti community policing telah diadakan di Zon Selatan SS 20 Damansara Kim. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ketua balai polis Damansara Tn.Thomas, anggota community policing Sjn jamil, rieo,zahrein, ketua-ketua penduduk dan penduduk-penduduk di sekitar perumahan SS 20 Damansara Kim. Objektif perjumpaan tersebut sempena taklimat penutupan jalan-jalan di SS 20, aktiviti-aktiviti yang akan di buat pada masa-masa akan datang dan sambutan para penduduk menyertai community policing.

Pengerusi penduduk SS 20 Pn.Eileen Thong sedang memberikan ucapan


Penduduk-penduduk SS 20 yang turut hadir

Minuman ( cendol ) turut disediakan oleh penduduk

Penduduk sedang memberikan tepukan gemuruh

Dianggarkan sekitar kira-kira 80-95 orang penduduk yang turut hadir



Anugerah Kejiranan Terbaik Peringkat Daerah Petaling Jaya


31 Mei 2009 - Anugerah Kejiranan Terbaik Peringkat Daerah Petaling Jaya telah diadakan di SS 20 Damansara Kim sempena dengan program Community Policing yang dibuat di SS 20.


Turut terlibat dalam program tersebut termasuk PDRM,anggota CP, Sukarelawan Polis,anggota komuniti SS 20, penduduk-penduduk sekitar perumahan SS 20, MBPJ dan sektor kerajaan dan swasta yang lain.



Ini merupakan salah satu program community policing yang diadakan di SS 20 dengan penglibatan masyarakat tentang kesedaran mengenai jenayah dan pentingnya semangat kejiranan di antara satu sama lain terutamanya di kawasan perumahan.


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk rondaan unit berkuda, K9 dan unit traffik. Selain daripada itu aktiviti seni mempertahankan diri turut diadakan yang di tunjuk ajar oleh anggota-anggota PDRM.

Aktiviti-aktiviti ( community policing) ini telah banyak memberikan kesan yang positif terutamanya dalam mengeratkan silatulrahim diantara jiran-jiran tidak mengira bangsa, agama dan politik. Disamping sikap bantu membantu, tanggungjawab dan kesedaran dalam diri dalam kehidupan harmoni dan tenteram.

PENUTUPAN JALAN DAN GATE


Penutupan jalan-jalan dan lorong-lorong telah dilaksanakan oleh anggota komuniti polising di SS 20 Damansara Kim meliputi kawasan Centre dan South. Projek ini telah dilaksanakan hasil kerjasama penduduk-penduduk di sekitar kawasan perumahan SS 20 khususnya di kawasan Centre dan South, anggota polis ( community policing ) dan MPPJ.




Projek ini telah memberi kesan yang positif dalam membendung dan mencegah jenayah terutamanya di kawasan SS 20 dan dapat meningkatkan tahap keselamatan penduduk-penduduk terutamanya dikawasan perumahan. Anggota polis sentiasa turut serta membantu penduduk bagi mencegah jenayah dikawasan SS 20 disamping keperihatinan penduduk-penduduk sebagai mata dan telinga polis dalam memberi maklumat untuk pencegahan dari berlakunya kegiatan jenayah.


Selain daripada itu, pengurangan kesesakan kenderaan yang melalui kawasan perumahan di SS 20 dapat dikurangkan terutamanya kenderaan-kenderaan luar yang bukan tinggal dikawasan perumahan SS 20.





Aktiviti-aktiviti ( community policing) ini telah banyak memberikan kesan yang positif terutamanya dalam mengeratkan silatulrahim diantara jiran-jiran tidak mengira bangsa, agama dan politik. Disamping sikap bantu membantu, tanggungjawab dan kesedaran dalam diri dalam kehidupan harmoni dan tenteram.

picture by : DATO KOH ( centre zone ) ENCIK IMRAN ( southern zone )

Search This Blog

SHOUTOUT


ShoutMix chat widget

Followers

My Blog List

More Informatian and Comments

Dear my friend,
Any information and comments please send e-mail to


nierhaz@yahoo.com.sg

Useful Contact Number

Bukit Aman: 03-22627555, 03-22626444
Rakan Cop 03-21159999. 03-20529999
Rakan Cop SMS: 32728

Police Station Damansara Utama:
03-77222222, 03-77284379
Officer Commanding Station Police DU,
Chief Inspector Thomas:
012-6066021
Deputy OCS Police DU, Sgt Major Jipa:
012-2224937
Police in charge of SS20, Sgt Jamil:
017-2567761

No.of Visitor